Kerjaya muzik Wann

Wann memulakan kerjayanya apabila menjadi artis dalam sebuah syarikat rakaman iaitu 'Suara Cipta Sempurna' (SCS) pada tahun 1988. Album pertama yang diterbitkan adalah Lamunan Hati. Sejak album pertamanya terjual di pasaran, beliau semakin dikenali ramai dan mendapat banyak undangan untuk mengadakan persembahan pentas. Ibunya, Puan Junaidah bertindak sebagai pengurus beliau pada ketika itu.

Setelah album keduanya, Terlerai Kasih dirakamkan, sebanyak 30,000 unit terpaksa dihentikan jualan akibat konflik yang dihadapi oleh penerbit albumnya iaitu A.Ali dengan syarikat rakaman NSR. Ketika konflik tersebut berlaku, lagu-lagu di dalam album tersebut tidak dibenarkan untuk dimainkan di corong-corong radio. Tindakan saman oleh pihak NSR terhadap A.Ali yang mungkin mengambil masa yang lama untuk diselesaikan menyebabkan syarikat SCS Records membuat keputusan dengan merakam semula album tersebut. Pihak SCS Records telah bekerjasama dengan John Goh untuk menerbitkan album gantian tersebut. [5]

Bersempena dengan ulang tahun yang ke 25 penglibatan beliau di dalam industri, Wann telah membuat kemunculan khas bersama peminat-peminatnya iaitu sebuah persembahan pentas "Live Bersama Wann dan Peminat" di The Pearl Hotel Kuala Lumpur pada 7 September 2019. [6]

Penyertaan dalam Gegar Vaganza

Sebelum ini, Wann pernah dilamar oleh pihak Astro bagi menyertai program realiti Gegar Vaganza. Namun, Wann terpaksa menolak lamaran tersebut sebanyak 3 kali kerana masih belum bersedia. [7] Beliau secara peribadi berminat untuk menyertai program berkenaan tetapi perlu mengambil kira pelbagai faktor sebelum bersetuju menerima tawaran tersebut. Beliau sangat berbesar hati kepada pihak Astro yang sanggup datang sehingga ke Singapura semata-mata untuk menjemputnya menjadi sebahagian daripada program pertandingan nyanyian GV. [8]

Pada 25 September 2019, nama Wann telah diumumkan sebagai salah seorang peserta sebuah program realiti Gegar Vaganza (musim 6). [9] Konsert pertama telah bermula pada 13 Oktober 2019.

Lagu Tugasan Mingguan

KonsertTemaLaguPenyanyi AsalMarkahKedudukan
Minggu 1Lagu Ke Artis?BossanovaWann / Saloma74.33%2
Minggu ke-2CarMa (Cari Makan)Lamunan HatiWann68.00%6
Minggu ke-3Yang Aneh AnehAsmaradanaTiara Jacquelina74.00%3
Minggu ke-4Haa... TepukEngkau Laksana Bulan berduet bersama Aris AriwatanP.Ramlee57.00%8
Minggu ke-5CurHat (Curahan Hati)Kali Terakhir Ku Lihat WajahmuUji Rashid71.00%5
Minggu ke-6Melets/MeletopPengemis CintaElla59.00%7
Minggu ke-7Caras (Cara Sendiri)Terlalu MemujaWany Hasrita61.00%8
Minggu ke-8ResetWajah Rahsia HatiFauziah Ahmad Daud63.00%5
Minggu ke-9 (Suku Akhir)Suara KomposerHitam Putih KehidupanSheila Majid56.00%8
Minggu ke-10 (Separuh Akhir)FabulousKu Gembira DisampingmuKhadijah Ibrahim57.00%7
Dua Insan berduet bersama Zarul UmbrellaM. Nasir & Yunizar Hussein

Rujukan

WikiPedia: Wann http://www.astroawani.com/berita-hiburan/gv2019-ki... http://www.gempak.com/artikel/29247/saya-memang-se... http://www.gempak.com/artikel/29773/dua-kali-saya-... https://wann-rashidah.blogspot.com/2017/02/arkib-b... https://wann-rashidah.blogspot.com/2017/02/profil-... https://wann-rashidah.blogspot.com/2017/02/wann-da... https://wann-rashidah.blogspot.com/2017/04/wann-bu... https://www.budiey.com/makan-malam-wann/ https://www.facebook.com/Wann https://infosebenar.com/ini-sebabnya-astro-sanggup...